Masih banyak jalan di Johor perlu dibaiki, naik taraf - Onn Hafiz

Masih banyak jalan di Johor perlu dibaiki, naik taraf – Onn Hafiz

ONN HAFIZ Ghazi (dua, kanan) meninjau pelaksanaan kerja-kerja naik taraf di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru untuk dijadikan laluan empat lorong bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengakui masih banyak jalan raya yang perlu dibaiki dan dinaik taraf sekiranya mahu mengatasi masalah kesesakan trafik yang semakin meningkat di Johor, ketika ini.

Sehubungan itu, kata Onn Hafiz, pelaksanaan beberapa projek naik taraf jalan termasuk pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang di sini bakal menyelesaikan sedikit sebanyak masalah yang menghantui penduduk Johor Bahru sejak sekian lama.

Menurut beliau, kesesakan trafik yang kerap berlaku di Lebuhraya Pasir Gudang dijangka dapat diatasi menjelang Jun 2028 apabila siap dinaik taraf sepenuhnya menjadi laluan enam lorong.

Katanya, ketika ini kerja menaik taraf laluan tersebut berada pada tahap Fasa 2 iaitu dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang melibatkan kos RM78 juta dan dijangka siap Februari tahun depan.

“Manakala kerja naik taraf laluan itu bagi Fasa 3 iaitu dari persimpangan bertingkat Perling ke susur naik Lebuhraya Utara Selatan dijangka siap pada Jun 2028 dengan kos RM301.5 juta.

“Apabila siap kelak, dijangka masalah kesesakan yang kerap berlaku di lebuh raya ini akan dapat diatasi selain meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna laluan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di tapak projek, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, selain itu, projek naik taraf Jalan Persiaran Tanjung Langsat dari Jambatan Sungai Kim Kim ke pintu masuk Pelabuhan Tanjung Langsat turut dilaksanakan dengan kos RM14 juta.

“Projek yang dijangka siap menjelang April tahun ini bakal meningkatkan lagi akses ke kawasan industri dan pelabuhan di sekitar Pasir Gudang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya