Maroon 5 pukau 12 ribu peminat dalam hujan - Utusan Malaysia

Maroon 5 pukau 12 ribu peminat dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Gamat dengan sorakan, kumpulan pop rock antarabangsa, Maroon 5 berjaya memukau peminat Malaysia di Konsert Jelajah Asia 2025, pada Rabu lalu.

Bertempat di Stadium Nasional Hoki, Bukit Jalil, konsert tersebut telah dihangatkan dengan persembahan pembukaan dari kumpulan, Culture Wars yang tampil membawakan sebanyak lapan lagu.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh band tersebut ialah, It Hurts, Wasting My Time, Miley, Typical Ways, Hell or High Water, Slowly, Lies dan Heaven.

Kemunculan vokalis, Adam Levine di pentas tersebut membuatkan para peminat seolah diserang histeria di saat dia membuka tirai konsert itu dengan menyanyikan lagu Animals.

Meskipun hujan membasahi perkarangan konsert, Maroon 5 tidak berhenti menghiburkan seramai 12 ribu dengan lagu-lagu hits mereka selama satu jam 30 minit dengan penuh bertenaga.

Lebih menarik lagi, kumpulan itu telah mempersembahkan sebanyak 21 lagu mala segar yang membuatkan penonton bersemangat untuk ikut menyanyi bersama.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh mereka pada malam itu adalah One More Night, This Love, Stereo Hearts, Harder, Lucky Strike, Sunday AM, Payphone, What Lovers Do dan Makes Me Wonder.

Mereka juga turut menghiburkan penonton yang hadir dengan menyanyikan lagu Wanna Be Your Lover, Heavy, Maps, Memories, Don’t Wanna Know, Love Somebody, Jagger, Lost Stars, She Will dan Girls Like You.

Sebagai penutup, kumpulan tersebut akhiri persembahan mereka dengan menyanyikan lagu Sugar sekali gus menjadikan konsert tersebut malam yang penuh bermakna buat penonton yang hadir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya