Mangsa ditemukan tersangkut pada akar menjalar

Mangsa ditemukan tersangkut pada akar menjalar

ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas di Sungai Kesang di Kampung Lanchang, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: “Ampunkan dosa anakku,” itu kata-kata yang mampu diluahkan Salmiah Abdul Malik, 67, sambil menitiskan air mata sewaktu melihat jenazah Muhammad Nur Fitri Abdul Rahman, 21, yang ditemukan mati lemas di Sungai Kesang berhampiran Loji Lanchang di Kampung Lanchang di sini, hari ini.

Salmiah terpaksa dipapah ahli keluarganya kerana tidak berdaya sejurus mayat anak bongsu daripada lima beradik itu ditemukan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Melaka Tengah.

Muhammad Nur Fitri hilang selepas bot dinaiki bersama abang sulungnya berusia 40 tahun, kakak ipar berumur 35 tahun dan anak buahnya berusia tujuh tahun terbalik sewaktu menjala ikan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Bagaimanapun, tiga ahli keluarga mangsa berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi dari BBP Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farid Abu Bakar berkata, mayat ditemukan oleh anggota PPDA kira-kira pukul 2.21 petang.

Menurutnya, mangsa ditemukan tersangkut pada celah akar pokok yang menjalar di dasar sungai selepas usaha mencarinya di lokasi terjatuh dan muara selama empat jam tidak membuahkan hasil.

“Jasad mangsa ditemukan pada jarak 50 meter di sektor pencarian pertama di lokasi bot yang dinaiki terbalik. Mangsa kemudiannya berjaya dibawa naik kira-kira pukul 2.40 petang selepas 20 minit ditemukan sebelum dihantar ke Hospital Jasin.

“Kita menghadapi kesukaran mencari mangsa pada awalnya serta dibantu penduduk kampung kerana arus sungai yang deras. PPDA akhirnya menemukan mangsa di celah-celah akar menjalar,” katanya.

Tambah Muhammad Nur Fitri, seramai 22 anggota dari BBP Merlimau dan  BBP Jasin Bestari menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya