Malaysia, Bahrain jalin kerjasama strategik dalam Mata Wang Kripto,Sandbox - Utusan Malaysia

Malaysia, Bahrain jalin kerjasama strategik dalam Mata Wang Kripto,Sandbox

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHRAIN: Malaysia dan Bahrain komited dalam memperluaskan kerjasama ekonomi termasuk dalam bidang mata wang kripto dan inovasi platform Sandbox.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangannya dengan Menteri Kewangan dan Ekonomi Bahrain, Shaikh Salman Bin Khalifa Al Khalifa, turut merangkumi kerjasama dalam sektor pelancongan.

“Saya percaya kolaborasi antara Malaysia dan Bahrain dalam bidang dipersetujui akan memberi manfaat langsung kepada ekonomi serta rakyat kedua-dua negara.

“Selain itu, kami turut membincangkan kerjasama pelancongan, kesalinghubungan Kuala Lumpur-Manama dan dalam sektor pembuatan,” katanya menerusi kenyataan kepada media Malaysia hari ini.

Tambah Anwar, Bahrain turut menyatakan komitmen untuk menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China yang mana Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa akan berangkat hadir.

Anwar kini dalam lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota, dijadual menghadap Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, pada pukul 12 tengah hari waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) sebelum mengakhiri lawatannya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya