Malaysia antara lima negara aktif wakaf Al-Quran

Malaysia antara lima negara aktif wakaf Al-Quran

Wakaf Al-Quran
AHMAD Zahid Hamidi melihat replika gergasi Al-Quran Mushaf Al-Huffaz pada Majlis Pelancaran Festival Kesenian Al-Quran Antarabangsa Ke-13 dekat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Malaysia diiktiraf oleh pelbagai badan antarabangsa sebagai salah satu dari lima negara yang aktif dalam program wakaf Al-Quran di seluruh dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dilhat menerusi sumbangan lebih 100,000 naskah Al-Quran disumbang ke negara-negara seperti Thailand, Kemboja, China dan Afrika Selatan.

Menurutnya, salah satu program tersebut dilaksanakan oleh Wakaf Al-Quran kelolaan Yayasan Restu dan majlis agama Islam negeri.

“Hal itu menunjukkan Malaysia bukan sahaja komited dalam memperkasakan wakaf Al-Quran di dalam negara, malah turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan menyebarkan Al-Quran di peringkat global.

“Melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan majlis agama Islam negeri, kerajaan memperuntukkan lebih RM50 juta setiap tahun bagi program wakaf pendidikan Islam, termasuk wakaf Al-Quran,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Festival Kesenian Al-Quran Antarabangsa, malam tadi.

Pada majlis tersebut, beliau melancarkan Al-Quran Mushaf Mufiq yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad Zahid dalam ucapan sama berkata, program Waqaf Al-Quran bermula sejak tahun 2007 dengan matlamat untuk menyebarkan Al-Quran kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

“Sehingga kini, dianggarkan lebih 500,00 naskah diwakafkan oleh pelbagai institusi dan organisasi di Malaysia. Justeru, saya menyeru orang ramai untuk membuat sumbangan supaya lebih banyak Al-Quran yang boleh diwakafkan.

“Sumbangan wakaf layak mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya