Malaysia amal dasar ekonomi bebas

Malaysia amal dasar ekonomi bebas, terus buka jaringan perdagangan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak menghalang Malaysia untuk terus membuka jaringan perdagangan dan menjalin kerjasama dengan negara-negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kekal mengamalkan dasar ekonomi yang bebas dan berkecuali dengan membuka jaringan kepada semua negara.

Kata beliau, Malaysia terus melakukan perhubungan dengan AS sehingga kini walaupun negara kelihatan dekat dengan China, Brazil, Afrika Selatan, Kanada dan Mexico.

“Kita tidak boleh mengambil tindakan yang terlalu pantas kerana ada ketidaktentuan, bukan sahaja tentang geopolitik tetapi tentang beberapa keputusan yang diumumkan oleh Trump, umpamanya ada perubahan pagi semalam bila dia tidak akan teruskan dan memberi penangguhan pelaksanaan tarif untuk Kanada dan Mexico.

“Jadi dalam tempoh sebulan (ini) perubahan dasar dijangka mungkin berlaku atau dikekalkan. Apa yang kita lakukan selama ini adalah dasar (ekonomi) yang bebas dan berkecuali tetapi dalam masa sama secara agresif membuka jaringan dengan negara-negara lain,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang memintanya menyatakan kedudukan Malaysia terhadap perang perdagangan dunia yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif oleh Trump.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pembukaan jaringan itu dipercayai boleh membantu dalam memberi peluang pelaburan baharu dan meningkatkan eksport kepada negara-negara yang bertambah.

“AS masih rakan perdagangan yang penting (ia mencapai) 11 peratus, agak tinggi dan eksport Malaysia ke AS masih kekal pada pada 13 peratus. Belum ada petanda ini harus memberi dampak negatif.

“Tetapi saya setuju dengan Bagan, kita mesti mengambil langkah-langkah proaktif iaitu selain dari membuka jaringan rakan-rakan dagang yang lebih luas dengan negara-negara baharu, kita harus juga tentukan program-program pertumbuhan diperluaskan dalam negara sendiri mengikut dasar-dasar yang telah diumumkan.

“Ini juga ditambah dengan beberapa langkah fiskal termasuk rasionalisasi subsidi yang tentunya akan menentukan kadar pertumbuhan kita terjamin dan inflasi terkawal,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya