Majikan perlu beri justifikasi jika enggan benarkan pekerja sertai PLKN 3.0

Majikan perlu beri justifikasi jika enggan benarkan pekerja sertai PLKN 3.0

Pelatih memulakan sesi latihan dengan latihan pelarasan senjata ringan pada jarak 25 meter diikuti jarak 100 meter menggunakan raifal M16. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak majikan perlu memberikan justifikasi kukuh sekiranya enggan membenarkan pekerja mereka yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata, bagi siri pertama program itu,  penyertaan dibuat secara sukarela namun bagi siri kedua dan seterusnya, pemilihan akan dilakukan secara bersyarat dan mereka yang terpilih wajib menghadiri latihan.

“Apabila seseorang dipanggil untuk menjalani latihan PLKN mereka diwajibkan hadir. Jika mempunyai halangan atau masalah tertentu, mereka boleh memohon penangguhan dengan alasan yang munasabah.

“Bagi individu yang sudah bekerja, mereka perlu mendapatkan kebenaran dari majikan masing-masing. Majikan pula perlu memberikan justifikasi sekiranya mereka tidak membenarkan pekerja menyertai latihan ini,” katanya pada Latihan Menembak Senjata Ringan, di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Seramai 16 pelatih PLKN Siri 1, 2025 mengikuti latihan menembak tersebut yang berlangsung hari ini dan esok.

Kesemua mereka menyertai siri pertama PLKN 3.0 yang bermula 12 Januari lalu hingga 25 Februari depan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini hari ini.

Ya’cob menambah, penyertaan dalam PLKN adalah satu tanggungjawab nasional dan mereka yang terpilih terikat dengan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628).

“Jika majikan tidak membenarkan pelepasan, mekanisme tertentu akan dilaksanakan bagi menangani perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, mereka yang tidak terpilih melalui sistem pemilihan boleh mengemukakan permohonan untuk menyertai PLKN secara sukarela.

“Selain pemilihan yang dibuat melalui sistem secara undian, kami juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai secara sukarela,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN