Mahu kejar untung sanggup ‘sumbat’ penumpang dalam bot 

Mahu kejar untung sanggup ‘sumbat’ penumpang dalam bot 

BOT membawa lebihan penumpang ditahan kira-kira 0.9 batu dari Muara Kuala Besut di Besut , Terengganu. - IHSAN MARITIM TERENGGANU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT:  Sebuah bot yang membawa lebihan penumpang dalam perjalanan dari Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid berkata, bot tersebut ditahan kira-kira  0.9 batu nautika timur laut dari Muara Kuala Besut pada pukul 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa 20 penumpang termasuk nakhoda, pembantu nakhoda dan tujuh kanak-kanak yang mana  semua mereka didapati tidak memakai jaket keselamatan. 

“Selain itu, bot berkenaan didapati beroperasi tanpa lesen sah daripada Jabatan Laut Malaysia serta membawa penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan. Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya di sini hari ini. 

Katanya, tindakan itu dilakukan segelintir pengusaha demi mengejar keuntungan sehingga sanggup membawa lebih penumpang, mengabaikan prosedur keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan dan penyelenggaraan peralatan kecemasan yang boleh mengundang risiko kehilangan nyawa pada bila-bila masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN