Mahkamah Syariah pun saya tidak tahu di mana - Kamal nafi sudah bercerai - Utusan Malaysia

Mahkamah Syariah pun saya tidak tahu di mana – Kamal nafi sudah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tidak pernah lagi, saya pun tidak tahu di mana mahkamah syariah itu.”

Demikian kata pelakon, Kamal Adli tegas menangkis dakwaan dia bersama isterinya, Uqasha Senrose hadir ke mahkamah syariah bagi memfailkan perceraian, baru-baru ini.

Kata Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, istilah cerai tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya selain masih sayangkan isteri, anak dan keluarganya.

“Doakan yang baik-baik sahaja. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu. Insya-Allah perkara itu tidak akan berlaku. Saya sayangkan anak saya, saya sayangkan isteri dan keluarga saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kamal berkata demikian ketika ditemui di majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025 yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Enggan spekulasi terus tercetus, Kamal turut tegas menyatakan hubungannya bersama Uqasha baik-baik sahaja dan menyifatkan perkara itu hanyalah andaian semata-mata.

Tambah Kamal, dia akan mempertimbangkan setiap perkara sematangnya apatah lagi urusan yang melibatkan rumah tangganya.

“Kalau ada apa-apa yang terjadi atau sebelum ia berlaku, saya akan fikir dahulu. Sebagai seorang lelaki, saya akan hadapi dahulu dan tidak akan membiarkan perempuan menguruskan perkara ini seorang diri. Insya-Allah, perkara itu (berceraj) tidak akan berlaku,” jelasnya.

Mengakui terganggu dirinya terus diasak spekulasi, Kamal berkata, dia dan Uqasha mengambil pendekatan untuk mengabaikan dakwaan tersebut dan memilih untuk fokus membesarkan anak mereka, Hawra Uqaira.

“Terganggu juga sebenarnya sebab ramai orang bertanya, sampai mak saya dan keluarga Uqasha pun tanya sama ada kami ada masalah atau tidak.

“Jawapan kami tetap sama, kami tidak ada masalah. Cuma sibuk dengan kerja dan sekarang ini kami mahu menumpukan perhatian untuk menjaga Hawra,” jelasnya.

Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN