LONDON: Mahkamah London menolak tuntutan saman penganjur Festival Good Vibes, Future Sound Asia (FSA) membabitkan vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy.
Menurut mereka, kumpulan rock dari Britain itu tidak boleh dipertanggungjawabkan atas pembatalan festival pada Julai 2023 itu.
Menurut Hakim William Hansen, ‘tiada prospek sebenar’ untuk membuktikan bahawa ahli kumpulan tersebut mempunyai kewajipan berjaga-jaga.
Tambahnya juga menerusi penghakiman bertulis, ‘tidak adil, tidak patut dan tidak munasabah’ mempertanggungjawabkan ahli kumpulan tersebut kerana mereka ‘tidak didakwa tahu’ tentang butiran garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), atau undang-undang Malaysia dan peraturan persembahan.
Hansen mengarahkan FSA membayar kos guaman RM557,224, tetapi membenarkan tuntutan terhadap The 1975 Productions LLP sebagai entiti korporat diteruskan.
Terdahulu, Future Sound Asia (FSA) menuntut ganti rugi RM11.25 juta serta menyaman setiap ahli band The 1975 selepas vokalisnya mencium salah seorang ahli kumpulan di pentas menyebabkan festival itu dibatalkan.
Malah, Healy turut mengkritik pendirian Malaysia bekenaan undang-undang
komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender. -UTUSAN