Lombong emas haram diserbu di Muadzam Shah

Lombong emas haram diserbu di Muadzam Shah

KAWASAN lombong emas haram di Sungai Jubau, Muadzam Shah di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Ibu Pejabat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menumpaskan kegiatan melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Muadzam Shah di sini.

Kejayaan itu menerusi Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan pukul 12 tengah hari, kelmarin.

Briged Tenggara PGA dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas dilakukan dua lelaki warganegara Kemboja dan mereka gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah.

“Polis dan UPNP menahan dan merampas peralatan melombong, kenderaan termasuk karpet getah yang mengandungi habuk dan partikel emas kesemuanya bernilai RM96,000.

“Kes disiasat di bawah Akta Enakmen Mineral Pahang 2001, Kanun Tanah Negara Akta 828 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Suspek diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin manakala barang rampasan diserahkan kepada UPNP untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya