Lima sungai di Selangor diiktiraf `sungai bersih’

Lima sungai di Selangor diiktiraf `sungai bersih’

JAMALIAH Jamaluddin (tengah) menerima cenderahati daripada pemangku Pengarah LUAS, Haslina Amer (kanan) selepas merasmikan bengkel RMP di Kota Permai Golf & Country Club di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lima buah sungai di Selangor diiktiraf sebagai sungai bersih oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, lima sungai terbabit ialah Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Tengi dan Sungai Bernam.

“Manakala Sungai Buloh dan Sungai Klang dikategorikan sebagai sungai sederhana tercemar namun sumber air daripada sungai ini masih boleh digunakan untuk pembekalan air mentah.

“Bagaimanapun, kualiti kebersihan air Sungai Klang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Kita akan teruskan usaha untuk pastikan Sungai Klang dapat dikategorikan sebagai sungai bersih oleh JAS nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel River Monitoring Program (RMP) di Kota Permai Golf& Country Club di sini, hari ini.

Menurut Jamliah, pelaksanaan Zero Discharge Policy (ZDP) dan pemantauan ke atas sungai akan dilakukan lebih kerap untuk memastikan sungai di seluruh Selangor tidak kerap tercemar.

Kata beliau, tahun lalu, sebanyak 80 kes pencemaran sumber air yang telah direkodkan di Selangor yang berpotensi untuk menyebabkan Lori Rawatan Air (LRA) henti tugas.

“Namun, terdapat penurunan bagi kes kecemasan Kod Merah (insiden pencemaran yang menyebabkan henti tugas LRA) dengan tahun lalu, hanya empat kes dicatatkan berbanding lima kes pada 2023.

“Bagi kes kecemasan Kod Kuning (insiden pencemaran yang berjaya dikesan dan ditangani tanpa henti tugas LRA) pula, sebanyak 68 kes dicatatkan tahun lalu berbanding 49 kes pada  2023,” katanya.

Mengenai RMP, beliau berkata, program tersebut dilaksanakan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sejak 2023 bagi mengenal pasti masalah kualiti air dan penyelarasan tindakan bersepadu bersama agensi berkaitan dalam usaha meningkatkan kualiti air.

Antara tindakan yang dibuat di bawah RMP adalah mengambil sampel kualiti air, iaitu air daripada alur air dan parit  yang mengalir masuk ke sungai utama Selangor.

“Sejak dua tahun RMP dilaksanakan, LUAS telah mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan permasalahan kualiti air ini berlaku. Antaranya, pengurusan sisa basuhan yang dilepaskan tanpa dirawat oleh sektor perniagaan serta pelepasan efluen daripada kilang dan premis,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya