Lima beranak rentung: Lelaki terselamat cuba selamatkan keluarganya namun kaki kanan patah

Lima beranak rentung: Lelaki terselamat cuba selamatkan keluarganya namun kaki kanan patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Siasatan awal mendapati kebakaran mengorbankan lima beranak di sebuah rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini dipercayai berlaku ketika mangsa lelaki yang terselamat sedang tidur. 

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, siasatan awal mendapati Muhammad Khairuddin Saari, 35, sedang tidur sebelum dikejutkan isterinya, Laila Mustapa, 35, memaklumkan rumah mereka terbakar. 

“Muhammad Khairuddin (suami) cuba menyelamatkan semua ahli keluarganya namun gagal kerana pergerakannya terbatas. 

“Ia ekoran kaki kanan patah (bersimen) dan mengalami sesak nafas akibat kepulan asap tebal,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan identiti lima beranak termasuk empat kanak-kanak yang rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai dekat sini awal pagi tadi telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, mangsa yang maut adalah Laila Fathinah, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 5,  Izz Danish Fathi empat tahun.

“Seorang lagi mangsa, iaitu suami kepada Laila, Muhammad Khairuddin, 35, terselamat, namun mengalami sesak nafas akibat menghidu kepulan tebal asap kebakaran. 

“Dia dikejarkan ke Hospital Jasin untuk rawatan awal manakala mayat lima yang lain dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya