Lemang jagung ganti beras

Lemang jagung ganti beras

SEBAHAGIAN wanita orang asli etnik Semai menyediakan lemang jagung di Kampung Simpang Gening Paroh, Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Masyarakat Orang Asli Semai memanfaatkan penggunaan jagung yang dijadikan lemang bagi menggantikan beras sebagai makanan etnik minoriti itu ketika padi huma belum masak untuk dituai di Kampung Simpang Gening Paroh, Pos Lenjang di sini.

Penduduk, Wak Dui Salleh, 45, berkata, lemang jagung sudah sebati dengan masyarakat pedalaman yang serba kekura­ngan dan menjadikan hasil tana­man sebagai makanan hari­an sepanjang tahun.

“Lazimnya masyarakat Orang Asli di sini menyediakan juadah berasaskan tumbuhan seperti ubi kayu, jagung, labu dan makanan tertentu untuk keluarga sekiranya kehabisan beras.

“Dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu sebelum padi huma masak dan boleh di­tuai, kita menyediakan makanan yang sesuai daripada sumber tanaman. Hal ini sudah lumrah sejak orang-orang tua sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Wak Dui, sebelum dijadikan lemang, penduduk wanita akan ke kebun untuk memetik jagung manakala golongan lelaki mencari buluh di hutan berdekatan.

“Terlalu mudah menyediakan makanan ini, cuma tongkol jagung dibuang kulit dan ­dibasuh kemudian dilumur sedikit mi­nyak masak supaya tidak melekat dalam buluh. Turut di­lumur secubit gula dan garam ikut rasa masing-masing dan terus dimasuk­kan ke dalam buluh lemang.

“Memasak lemang jagung ini tidak mengambil masa yang lama, cuma memastikan api atau bahang bara yang kuat sehingga nampak tanda asap keluar daripada muncung buluh bermakna masaklah makanan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya