Lelaki OKU penglihatan maut terjatuh landasan LRT - Utusan Malaysia

Lelaki OKU penglihatan maut terjatuh landasan LRT

LELAKI OKU penglihatan yang maut digilis sebuah tren di Stesen LRT Titiwangsa, di sini pagi tadi. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas terjatuh dan dilanggar tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, Jalan Tun Razak, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.05 pagi.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.45 pagi, melibatkan seorang lelaki OKU buta yang identiti masih dalam siasatan. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Sukarno berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terjatuh di kawasan rel sebelum dilanggar oleh sebuah tren yang melintasi kawasan tersebut. 

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa sebelum terjatuh,” katanya. 

Dalam pada itu, Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan di stesen PWTC hingga Sentul Timur telah pulih sepenuhnya.

Terdahulu, syarikat itu memaklumkan tiada perkhidmatan tren di stesen PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur buat sementara waktu ekoran insiden tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya