Lelaki mengaku tidak bersalah menyamar anggota polis

Lelaki mengaku tidak bersalah menyamar anggota polis

MUHAMMAD Ihsan (tengah) ketika tiba di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis, bulan lalu. 

Tertuduh, Muhammad Ihsan Mohd Kamarun Zaman, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyamar sebagai penjawat awam iaitu anggota polis di tepi jalan susur keluar Sungai Dua dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU), kira-kira 8 malam pada 29 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 22 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu serahan dokumen serta lantikan peguam.

Rabu lalu, media melaporkan, seorang lelaki yang mempunyai 14 rekod lampau direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun dan menyamar polis dalam kejadian di susur keluar Sungai Dua.

Tangkapan terhadap suspek dilakukan susulan seorang warga asing membuat laporan disamun suspek yang menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di susur keluar Sungai Dua di sini, pada 29 Januari lalu.

Suspek menunggang motosikal jenis Honda RSX dikatakan menahan mangsa berusia 40 tahun sebelum sempat melarikan wang berjumlah RM200. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya