Lelaki ditahan miliki pistol disambung reman 2 hari

Lelaki ditahan miliki pistol disambung reman 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan sebelum kerana memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang dekat sini,  Sabtu lalu disambung reman selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, lelaki berusia 34 tahun itu disambung reman sehingga esok bagi membantu siasatan. 

“Kita akan menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini bagi cadangan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Isnin lalu, media melaporkan pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian pergaduhan di sebuah unit kondominium di Ampang dekat sini dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Mohd. Azam dilaporkan berkata, seorang wanita warga Filipina memaklumkan telah bergaduh dengan teman lelakinya yang juga seorang peniaga warga tempatan disebabkan cemburu lelaki itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Wanita itu memaklumkan teman lelakinya memiliki sepucuk pistol sebelum menyerahkan sebungkus plastik biru. Pemeriksaan lanjut di dalam plastik itu mendapati ia mengandungi sepucuk pistol bersama 30 butir peluru 9mm.

“Suspek lelaki direman empat hari bermula semalam, untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya