Lelaki cuba lari ditahan polis direman 7 hari. 

Lelaki cuba lari ditahan polis direman 7 hari

SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Bandar Kluang semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan membabitkan pelbagai tuduhan.

Majistret Nurasidah A Rahman menetapkan tempoh reman berkenaan selepas membenarkan permohonan polis untuk menyiasat suspek yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 berhubung kesalahan memiliki dan mengedar dadah. 

Selain itu, Seksyen 44(1) dan 44(2)  Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang masing-masing berkaitan kenderaan semasa berada di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah dan memandu kenderaan yang boleh membahayakan nyawa pengguna lain. 

Lelaki itu juga disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, tular dalam media sosial seorang lelaki yang memandu kereta Honda Prelude berwarna kuning dikejar sepasukan Pasukan Peronda Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sejauh lima kilometer. 

Bagaimanapun, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu berjaya ditahan selepas terperangkap di satu simpang lampu isyarat di Bandar Kluang.– UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya