Lelaki cabul kanak-kanak di masjid dituduh Khamis

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid dituduh Khamis

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali minggu lalu bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan telah lengkap dan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor sebelum mendapat arahan untuk pertuduhan.

“Suspek berusia 19 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

“Tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah pada pukul 9 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan selepas dipercayai mencabul seorang murid perempuan ketika solat Subuh di sebuah masjid pada 21 Februari lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid menunjukkan suspek yang berkopiah putih menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk mangsa dari arah belakang dan membawa kanak-kanak itu keluar.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang sujud bersendirian di saf belakang tanpa disedari jemaah wanita lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya