KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk kerugian RM26.6 juta selepas menjadi mangsa kepada skim pelaburan mata wang kripto. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang juga pengarah syarikat pembinaan memaklumkan melihat iklan pelaburan berkenaan selepas membuat carian melalui Google. Katanya, mangsa kemudiannya menekan pautan yang disertakan dan dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp. “Mangsa diajar berkenaan pelaburan oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya Professor Stanley Lim. “Terpedaya dengan janji-janji keuntungan yang ditawarkan, mangsa kemudian memuat turun aplikasi UVKXE bagi memulakan pelaburan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya