Lelaki 37 tahun dipercayai suspek bunuh

Mayat wanita tepi Sungai Kuantan: Lelaki 37 tahun suspek pembunuh

YAHAYA Othman (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Pahang antara Datuk Noor Hisam Nordin (kiri) yang menyerahkan tugasnya kepada Datuk Mohd Yusri Othman (kanan) di IPK Pahang, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis mengenal pasti seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai suspek dalam kejadian seorang wanita ditemukan mati dibunuh di tepi Sungai Kuantan, berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek terbabit yang dikatakan bukan berasal dari negeri ini. 

“Suspek sudah dikenal pasti iaitu lelaki berumur 37 tahun dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. Kita masih mengesan suspek.

“Suspek tiada hubungan dengan mangsa, cuma wanita itu ada membuat pertemuan dengannya  yang ada memesan barangan jualan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang antara Datuk Noor Hisam Nordin yang menyerahkan tugasnya kepada Datuk Mohd Yusri Othman di Ibu pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.

Yahaya berkata, berdasarkan siasatan awal, beberapa barangan kemas yang dipakai suspek hilang. 

Terdahulu, seorang wanita yang merupakan peniaga makanan maut dilaporkan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur. Mangsa, Norshamira Zainal,37, yang menjalankan urus niaga hantaran (COD) makanan dipercayai dipukul dengan objek keras sebelum mayat mangsa diletakkan di tepi Sungai Kuantan.

Mayat mangsa kemudian ditemukan sekumpulan lelaki termasuk suami dan bapa mentua mangsa yang datang mencari sebelum laporan polis dibuat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN