Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dijangka siap 2027

Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dijangka siap 2027

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK) di Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada 2027.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ketika ini, KBKK telah mencapai tahap kemajuan kira-kira 80 peratus.

Beliau berkata, pihaknya optimis KBKK dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan kerana baki 20 peratus lagi projek itu sedang diusahakan kontraktor yang dilantik baru-baru ini.

“Kami difahamkan projek ini akan mengambil masa selain Kelantan yang sebelum ini berdepan monsun dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pengurusan Aset Menyeluruh 2025 di sini hari ini.

Sebelum ini tular beberapa gambar mengenai status projek KBKK sepanjang 66.9 kilometer (km) bernilai RM2.3 bilion yang didakwa terbengkalai.

Dalam perkembangan lain, Alexander berkata, beliau menetapkan supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kerja-kerja pembaikan Jalan Persekutuan yang rosak dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

Katanya, aduan berkenaan biasanya diperoleh daripada aplikasi MyJalan dan platform aduan lain.

“Kita perlu bertindak dengan segera apabila terima aduan ataupun kita terjumpa jalan rosak, tidak perlulah kita nak tunggu,” katanya.

Katanya, pihaknya mendapati hanya 30 peratus jalan rosak berlaku di Jalan Persekutuan di bawah penyeliaan JKR.

Berdasarkan statistik sehingga Disember tahun lalu, Alexander berkata pihaknya menerima 26,205 aduan menerusi aplikasi MyJalan daripada lebih 40,000 pengguna berdaftar.

Aplikasi MyJalan merupakan inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan yang dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya