Lori telur terbalik, lebih 70,000 biji telur tercampak di LPT2

Lori telur terbalik, lebih 70,000 biji telur tercampak di LPT2

ORANG ramai mengutip telur selepas sebuah lori yang membawa muatan itu terbalik dirempuh sebuah lori lain di Kilometer 293.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 selepas susur keluar Plaza Tol Chukai, Kemaman, Terengganu, hari ini. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Orang ramai mengambil peluang mengutip telur yang tercampak setelah lori yang membawanya terbabas dan terbalik dirempuh sebuah lori lain di Kilometer 293.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT20, selepas susur keluar Plaza Tol Chukai, di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, pemandu lori dan kelindannya tidak mengalami kecederaan. Tnjauan di lokasi kejadian mendapati, banyak telur yang pecah dan orang ramai turut membawa bakul untuk mengutip telur bagi mengelakkan pembaziran. 

Kelindan lori, Mohd. Izzat Izzudin, 25, berkata, lori yang dinaiki bersama rakannya terbabas ke kiri jalan dan terbalik selepas dirempuh sebuah lori barangan sejuk beku dari arah belakang ketika dalam perjalanan untuk menghantar bekalan telur dari Raub, Pahang ke Kuala Terengganu. 

“Kami bawa bekalan telur kira-kira 2,500 papan dengan anggaran 78,000 biji. Pemilik syarikat izinkan telur ini diberikan kepada orang ramai kerana banyak juga telur yang rosak,” katanya ketika di lokasi kejadian. 

Seorang penduduk Kampung Seberang Tayor, Mohd Ariffin Othman, 66, berkata, dia bersama anaknya mengambil peluang mengutip telur yang jatuh di tepi lebuh raya berkenaan selepas video mengenai kejadian tular dalam laman sosial. 

“Sebelum datang, pak cik dah tanya orang ramai sama ada pemilik syarikat telur itu beri kebenaran untuk kutip atau sebaliknya. Kalau mereka tak izinkan memang pak cik tak datang kutip,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN