PORT DICKSON: Lebih 70 peratus daripada keseluruhan 55,269 kanak-kanak yang mengikuti Program Pra Tahfiz Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berjaya menguasai 10 surah daripada Juzuk 30 (Juzuk Amma) pada tahun lalu. Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man berkata, pencapaian itu sesuatu yang membanggakan bagi kanak-kanak seawal usia lima hingga enam tahun untuk menguasai hafazan al-Quran. “Pencapaian 70 peratus itu selepas anak-anak ini memasuki Program Pra Tahfiz Tabika Kemas yang mana pada awalnya tanpa sebarang asas dapat menguasai 10 surah. “Bagi tahun 2025 jumlah ini akan bertambah,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya