Larangan jual, minum arak di lokasi sambutan Thaipusam - Utusan Malaysia

Larangan jual, minum arak di lokasi sambutan Thaipusam

A. SIVANESAN (tengah) pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Larangan penjualan dan penggunaan minuman keras akan dikuatkuasakan di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan perayaan Thaipusam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, larangan itu adalah kali pertama dibuat susulan aduan dalam kalangan penganut dan pengunjung semasa sambutan sebelum ini.

Katanya, perkara itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dan mereka yang melanggar peraturan itu boleh ditahan.

“Ini adalah permintaan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Thaipusam 2025 peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Sivanesan berkata, dianggarkan tidak kurang 350,000 orang akan menghadiri sambutan perayaan itu termasuk pelancong di lokasi utama dari 10 hingga 12 Februari ini.

Sementara itu, beliau berpandangan usaha membangunkan garis panduan khusus berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan selain Islam boleh dibincangkan lagi.

Beliau berkata, perkara itu adalah sensitif dan mengharapkan perkara itu turut membabitkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Perpaduan Negara.

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata dilaporkan, garis panduan itu akan dimuktamadkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126 yang dijadualkan pada 25 hingga 27 Februari depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya