Laporan Audit: Tiga Agensi Persekutuan belum hantar penyata kewangan 2023 - Utusan Malaysia

Laporan Audit: Tiga Agensi Persekutuan belum hantar penyata kewangan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tiga Agensi Persekutuan masih belum mengemukakan penyata kewangan tahun 2023.

Agensi tersebut adalah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LABUAN FSA), Tabung Kebajikan Kakitangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (TLFSA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 yangh dibentang di Parlimen, sebanyak 142 daripada 145 Agensi Persekutuan sudah mengemukakan penyata kewangan tahun 2023 kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit dan disahkan setakat 31 Disember 2024.

Katanya, dua Agensi Persekutuan telah mengemukakan penyata kewangan melebihi tempoh enam bulan selepas berakhir tahun kewangannya tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan.

“Agensi tersebut adalah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kerana terdapat pertukaran penandatangan Penyata Pengerusi dan Anggota Majlis bagi Penyata Kewangan tahun 2023 yang memerlukan penurunan kuasa.

“Selain itu, terdapat tiga Agensi Persekutuan masih belum mengemukakan penyata kewangan tahun 2023,” katanya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya