Agensi Persekutuan perlu kurangkan kebergantungan

Laporan Audit: Agensi Persekutuan perlu kurangkan kebergantungan pada kerajaan

PARLIMEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Persekutuan dinasihatkan mengurangkan liabiliti yang bersifat komitmen kewangan serta memperkukuh keupayaan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, Ketua Audit Negara telah mengemukakan 10 syor kepada Agensi Persekutuan bagi tujuan penambahbaikan.

“Antaranya ialah Agensi Persekutuan perlu bertindak proaktif untuk meningkatkan kawalan dalaman agensi dan menambah baik sistem kewangan sejajar dengan keperluan piawaian perakaunan yang diterima pakai  bagi memastikan pelaporan kewangan adalah tepat serta pengurusan tatakelola kewangan yang berkesan.

“Selain itu, Agensi Persekutuan perlu meneruskan operasi berdasarkan usaha berterusan dan mengurangkan liabiliti yang bersifat komitmen kewangan serta mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

“Agensi Persekutuan juga perlu mengkaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian dan tidak memberikan pulangan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah LKAN, Agensi Persekutuan juga perlu memberi perhatian serius termasuk mengambil tindakan untuk menutup syarikat subsidiari berstatus dorman atau tidak aktif melebihi lima tahun.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya