Lapan individu disiasat muat naik kandungan palsu dan jelik persenda Institusi Diraja

Lapan individu disiasat muat naik kandungan palsu dan jelik persenda Institusi Diraja

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan individu telah diambil keterangan kerana disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta berpotensi membangkitkan kebencian dan persendaan terhadap Institusi Diraja, khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, siasatan dijalankan selepas menerima beberapa laporan berkaitan kandungan tersebut. 

“Pasukan penyiasat MCMC telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Tindakan merakam keterangan individu terlibat telah diambil melalui lapan operasi pemeriksaan di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan Pahang, kelmarin,” kata kenyataan itu.

Selain itu, dalam operasi berkenaan, lapan unit telefon pintar dan lapan unit kad SIM yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut telah disita bagi membantu siasatan. 

Analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti tersebut untuk mendapatkan bukti lanjut.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (sebelum pindaan) telah memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menggunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar termasuk menyebarkan kandungan berunsur jelik dan palsu.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika memuat naik sebarang kandungan di media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet. 

Mereka juga diingatkan tidak menyebarkan kandungan berunsur palsu dan kebencian yang bertentangan dengan nilai serta norma budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

Tindakan tegas akan terus diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kestabilan sosial dan keharmonian negara terus terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya