Laluan sunyi jadi tempat pembuangan sampah

Laluan sunyi jadi tempat pembuangan sampah

KAMARI Kayon menunjukkan kawasan pembuangan sampah-sarap di Jalan Parit Terus ke Kampung Parit Dato’ Onn, Mukim Api-Api, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Beberapa lokasi yang jarang dilalui orang ramai di Mukim Api-Api, dekat sini dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Seorang penduduk, Kamari Kayon, 60, berkata, antara laluan tersebut ialah Jalan Parit Haji Zain Darat ke Kampung Sungai Naga dan Jalan Parit Terus ke Kampung Parit Dato’ Onn.

Katanya, sampah-sarap yang dibuang termasuk sisa makanan dari kedai runcit, kedai makan, para peniaga pasar malam dan kediaman sehingga menyebabkan bau busuk terutamanya pada waktu hujan selain dihurung lalat dan langau.

“Saya terpaksa membakar sampah-sarap yang dibuang itu kerana terlampau banyak dan melimpah ke atas jalan, namun keesokannya sampah dibuang lagi di tempat itu.

“Saya amat kesal dengan tindakan golongan yang memen­tingkan diri tanpa fikirkan aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar walaupun jauh dari pe­nempatan penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, walaupun jalan tersebut agak sunyi, ia masih digunakan oleh penduduk untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan mereka yang ­ingin ke kebun kelapa sawit dan nanas.

“Kepada pemilik kedai runcit, peniaga kedai makan dan orang perseorangan, janganlah mengambil jalan mudah dengan menjadikan jalan awam sebagai tempat pembuangan sampah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan (5) Mukim Api-Api, Md. Taha Naam berkata, penduduk memberitahu pembuangan sampah dilakukan antara pukul 2 hingga 4 pagi.

“Sampah-sarap tersebut di­bawa menggunakan lori, kereta pacuan empat roda selain kereta persendirian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya