Laksana boikot, sekat perdagangan pihak sokong Israel

Laksana boikot, sekat perdagangan pihak sokong Israel

Talal Al-Assali, 64, berdiri di hadapan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Israel di Jabalia, utara Gaza semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negara-negara yang menyokong perjuangan Palestin digesa untuk memberi tekanan ekonomi terhadap pihak yang menyokong Israel menerusi kempen boikot dan sekatan perdagangan.

Eksekutif Strategik (Perhubu­ngan Awam) Cinta Gaza Malaysia, Haikal Zulkefli berkata, boikot terhadap syarikat-syarikat pro-Israel membuktikan tekanan ekonomi mampu memberi kesan besar terhadap entiti yang menyokong rejim Zionis.

“Negara-negara yang telah mengesahkan Statut Rom juga boleh memainkan peranan lebih tegas dengan menguatkuasakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Selain itu, negara yang menyokong perjuangan Palestin juga tidak boleh membenarkan pemimpin Israel memasuki wilayah mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan pemindahan paksa dan pengusiran rakyat Palestin dari tanah air mereka adalah satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengulas lanjut, Haikal berkata, meskipun tekanan yang dikenakan terhadap Israel masih belum mencapai tahap yang diharapkan, ia sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin negara itu.

Beliau berkata, ia terutama selepas hampir 15 bulan mereka mengalami kegagalan dalam pe­perangan yang berterusan.

“Israel kini bergantung sepenuhnya kepada perlindungan Amerika Syarikat (AS) untuk mengelakkan tindakan daripada komuniti antarabangsa. Namun, tekanan terhadap mereka perlu diperkukuhkan dengan kehendak politik yang lebih kuat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya