PETALING JAYA: Seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti televisyen dilaporkan telah ditangkap khalwat bersama lelaki berstatus suami orang.
Difahamkan pasangan itu didakwa bersekedudukan ketika diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah rumah sewa pukul dua petang, semalam.
Memetik laporan portal tempatan, penyanyi tersebut sebelum ini bertindak menggangu ketenteraman rumah tangga lelaki tersebut yang merupakan suami kepada sahabat baiknya sendiri.
Rumah tangga lelaki tersebut kini berada dalam keadaan goyah namun belum bercerai secara sah dengan isterinya.
Bagaimanapun, pihak Utusan Malaysia sedang berusaha mendapatkan penjelasan berkenaan perkara ini daripada Jabatan Agama Islam Selangor. -UTUSAN