Ladang kelapa sawit perlu tenaga kerja mencukupi

PARLIMEN: Ladang kelapa sawit perlu tenaga kerja mencukupi

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap ladang kelapa sawit di negara ini perlu mempunyai tenaga kerja mencukupi serta menggunakan bahan penanaman dan amalan pertanian terbaik bagi memastikan pengeluaran sawit konsisten untuk memenuhi permintaan global.  

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, harga komoditi termasuk kelapa sawit tidak boleh ditetapkan oleh mana-mana pihak kerana ia bergantung kepada bekalan dan permintaan.  

Katanya, sebagai pengeluar kedua terbesar kelapa sawit dunia, kementerian perlu memastikan pengeluaran komoditi tersebut tidak terjejas.  

“Salah satu faktor penting adalah memastikan setiap ladang mempunyai pekerja mencukupi kerana jika tidak, buah masak tidak dapat dituai, sekali gus menjejaskan peluang peningkatan pengeluaran.  

“Selain itu, bagi ladang terutama pekebun kecil, kita pastikan penggunaan bahan penanaman dan amalan pertanian yang baik supaya hasil meningkat, kos pengeluaran berkurangan, dan permintaan meningkat.  

“Ini antara faktor penting dalam memastikan peningkatan pengeluaran serta mengurangkan kos apabila buah yang dihasilkan berkualiti tinggi,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.  

Beliau menjawab soalan tambahan Edwin Banta (GPS-Selangau) mengenai langkah kementerian mengatasi penurunan harga komoditi, khususnya kelapa sawit, serta strategi untuk menstabilkan harga, meningkatkan permintaan, dan meneroka pasaran baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya