Kusta: Penduduk Kampung Orang Asli Chergun, Guntur diminta tampil buat saringan

Kusta: Penduduk Kampung Orang Asli Chergun, Guntur diminta tampil buat saringan

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.- UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penduduk di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan jangkitan kusta diminta tampil untuk berbuat demikian dengan kadar segera.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya mendapat maklumat masih ada penduduk di dua buah perkampungan Orang Asli tersebut yang belum menjalani saringan berkenaan disebabkan berada di luar kawasan.

“Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan meminta supaya penduduk di dua kampung tersebut buat saringan perkara itu tidak membimbangkan dan dalam keadaan terkawal serta baik.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri minta semua hadir buat saringan, kerana masih ada tidak balik lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, saringan akan dilakukan dari semasa ke semasa mengikut kepada keperluan dan sekiranya tiada kes, perkara berkenaan (saringan) tidak dibuat.

“Tiada kes, makanya tiada (saringan), dan saringan selalu dijalankan setahun sekali, pegawai kesihatan akan membuat pemeriksaan dan saya dimaklumkan doktor memang akan turun ke kampung orang asli. Kalau ada berlaku (kes) dia akan saring semula,”katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin turut berkata, kawasan rekreasi Jeram Tengkek yang berada berhampiran dengan dua buah perkampungan Orang Asli itu juga masih lagi ditutup sehingga kini.

Sebelum ini media melaporkan sebanyak sembilan kes telah disahkan kusta dilaporkan di kedua-dua kampung berkenaan dan kesemua pesakit telah diberikan rawatan mengikut garis panduan ditetapkan.

Bagaimanapun, seorang pesakit lelaki berusia 18 tahun dari Kampung Chergun dilaporkan meninggal dunia pada 17 Februari lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat mengalami demam, sakit perut dan muntah.

Sehingga 19 Februari lalu, seramai 368 daripada 460 penduduk di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur di Kuala Pilah telah menjalani saringan kesihatan bagi mengesan kes kusta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya