Kursus percuma lahirkan 100 tukang gunting rambut premium

Kursus percuma lahirkan 100 tukang gunting rambut premium

TENAGA pengajar Hillmen Hair Academy memberikan latihan teknik guntingan rambut kepada para peserta di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Akademi dandanan rambut, Hillmen Hair Academy menawarkan kursus secara percuma untuk melahirkan seramai 100 tukang gunting rambut, tahun ini.

Pemiliknya, Muhammad Hilman Mohd Rosli berkata, peluang itu diberikan khusus kepada golongan belia berusia 25 tahun ke bawah yang berminat membentuk karier dalam bidang tersebut.

Jelasnya, pengambilan peserta akan dibuat berdasarkan syarat kelayakan dan proses temu duga.

“Kita akan bahagikan kepada lima pengambilan setahun iaitu sebulan menjalani latihan teori dan praktikal di akademi diikuti bulan kedua melakukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam dunia sebenar.

“Pada bulan ketiga dan seterusnya, mereka akan diserap bekerja di mana-mana tiga cawangan Hillmen Hair Studio di Ayer Keroh, Sungai Udang atau Masjid Tanah dengan diberikan gaji tetap,” katanya.

Tambah Muhammad Hilman, peserta akan diberikan bimbingan selama setahun dengan kemudahan penginapan serta bayaran gaji bernilai keseluruhan sebanyak RM20,000.

“Selepas berada dalam industri ini selama 10 tahun, saya lihat masih ada orang menganggap kerjaya tukang rambut ini tidak berada dalam bidang profesional.

“Sebenarnya, melalui dorongan dan kursus yang tepat, tukang gunting rambut boleh menjadi karier lumayan yang bergaji premium kepada mereka yang berkemahiran tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya