Kurang latihan bertutur punca tidak fasih bahasa Melayu

Kurang latihan bertutur punca tidak fasih bahasa Melayu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan latihan diksi atau pertuturan berkesan dikenal pasti sebagai punca rakyat Malaysia bukan bangsa Melayu tidak fasih berbahasa Melayu meskipun ia merupakan bahasa kebangsaan.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, masalah itu bukan disebabkan kelemahan silibus pembelajaran di sekolah sebaliknya berpunca daripada kurangnya penekanan terhadap latihan pertuturan yang betul.

Katanya, sistem pendidikan ketika ini lebih tertumpu kepada pengajaran bertulis berbanding komunikasi lisan hingga menyebabkan pelajar tidak mempunyai kemahiran bertutur yang baik dalam bahasa Melayu.

“Di sekolah, murid diajar menulis dengan baik tetapi tidak diberi latihan bertutur dengan betul. Guru juga tidak menekankan aspek sebutan diksi, frasa, ayat atau susunan bahasa dalam komunikasi.

“Lebih membimbangkan, ada dalam kalangan guru kurang arif dalam komunikasi bahasa kebangsaan sekali gus menyebabkan pelajar tidak mendapat bimbingan sewajarnya,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Rais berkata, pengaruh per­sekitaran yang kian didominasi bahasa Inggeris turut menyumbang kepada kemerosotan pe­nguasaan bahasa Melayu.

Penggunaan meluas bahasa Inggeris dalam perbualan harian turut mendorong masyarakat khususnya bukan Melayu lebih selesa bertutur dalam bahasa tersebut berbanding bahasa kebangsaan.

“Setiap ayat dalam bahasa Melayu sering diselitkan de­ngan bahasa Inggeris dan ia menyebabkan ramai berfikiran lebih mudah bercakap dalam bahasa Inggeris sahaja.

“Penggunaan istilah rojak seperti ‘korang’ dan ‘dorang’ juga semakin berleluasa tanpa ada usaha pencegahan daripada pihak berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau kementerian sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya