Krisdayanti, Dolla, Jamal Abdillah gegarkan Pentas Akhir GV11 - Utusan Malaysia

Krisdayanti, Dolla, Jamal Abdillah gegarkan Pentas Akhir GV11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal melabuhkan tirai, program realiti terhangat Gegar Vaganza 11 (GV11) tampil bawakan penyanyi berprestij untuk digandingkan dengan enam finalis di pentas akhir, Ahad ini.

Penyanyi yang bakal menggegarkan pentas akhir itu ialah Krisdayanti, Dolla, Datuk Jamal Abdillah, Taufik Batisha, Pasha Ungu dan Jaclyn Victor.

Difahamkan, Dadali Dyrga berduet bersama Datuk Jamal Abdillah dengan menyanyikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir manakala, Liza Aziz bakal digandingkan bersama Krisdayanti menerusi lagu Cinta.

Dalam pada itu, Shiela Abdull bakal menyanyikan lagu Aku Bersahaja bersama penyanyi Singapura Taufik Batisha.

Lebih menarik lagi, Ning Baizura bakal mendendangkan lagu Terlanjur Cinta bersama Pasha Ungu dan The Lima akan berduet bersama Dolla untuk mempertaruhkan lagu Bye Bye Bye.

Tidak terlepas, Zehra Zambri juga akan menyanyi bersama Jaclyn Victor untuk lagu Beribu Sesalan.

Meskipun juara musim kali ini masih lagi menjadi teka-teki, setiap finalis masih kekal dicabar dengan tema ‘Its Final’ di mana mereka perlu menyampaikan tiga buah lagu iaitu solo, duet dan pusingan battle.

Program realitiy yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya