KPT yakin capai sasaran 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa - Utusan Malaysia

KPT yakin capai sasaran 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa

ZAMBRY Abd Kadir (kiri) dan Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan, Kongratbay Sharipov (dua dari kanan) melawat pameran pada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan di UPSI di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) optimis sasaran 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa yang menyambung pengajian mereka ke negara ini mampu dicapai dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya akan terus meneroka peluang kerjasama sektor pendidikan tinggi dengan pelbagai negara luar bagi meningkatkan mobiliti pelajar antarabangsa ke negara ini..

“Kita melihat keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dengan kualiti pendidikan tinggi di samping kedudukan membanggakan universiti-universiti tempatan yang ternama menjadi kekuatan negara kita.

“Kita menjangkakan dalam tempoh beberapa tahun ini juga jumlah kehadiran atau mobiliti pelajar antarabangsa ke Malaysia akan bertambah dan seterusnya sasaran yang diletakkan mampu dicapai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau merasmikan Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan yang julung kali diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini hari ini.

Berhubung kerjasama strategik Malaysia dan Uzbekistan, Zambry berkata, ia mampu memberi impak positif yang besar terhadap bidang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.

Katanya, usaha mobiliti antarabangsa itu turut melibatkan pertukaran tenaga pakar seperti ahli akademik dan penyelidik antara Malaysia dan negara itu.

“Uzbekistan merupakan pintu masuk ke benua Asia Tengah yang dikelilingi negara-negara besar di samping turut mempunyai tenaga pakar dalam pelbagai bidang seperti sains sosial, kejuruteraan, dan teknologi.

“Langkah yang diambil ini merupakan kerjasama peringkat negara dengan negara atau G2G yang mana kita yakin ia akan memberikan hasil postif besar dalam hubungan pendidikan tinggi Malaysia-Uzbekistan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya