KPM sedia bawa pindaan Akta Pendidikan 1996 ke Parlimen

KPM sedia bawa pindaan Akta Pendidikan 1996 ke Parlimen

FADHLINA ketika ditemui di sidang akhbar Hari Pertama Pembukaan Sekolah Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih, di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan sesi libat urus berhubung Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Pendidikan 1996 untuk mewajibkan pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan semua pelajar mendapat akses pendidikan yang mencukupi bagi menghadapi cabaran masa depan.

Katanya, sesi libat urus sedang giat dijalankan bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan lancar.

“Kami berharap pindaan ini dapat dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat kali ini atau sekurang-kurangnya dalam sesi seterusnya.

“Kami mahu memastikan pindaan ini mengambil kira pelbagai aspek dan keperluan komuniti pendidikan supaya tiada pihak yang tercicir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Hari Pertama Pembukaan Sekolah Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih, di sini hari ini.

Sebelum ini, Fadhlina dilaporkan berkata, proses semakan terhadap draf RUU tersebut telah selesai di peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurutnya, inisiatif itu merupakan langkah penting KPM bagi memastikan semua kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Selain itu, Fadhlina berkata, bagi menangani isu sekolah padat, beberapa langkah akan dilaksanakan termasuk pembinaan kabin Sistem Binaan Berindustri (IBS) sebagai bilik darjah sementara yang lebih kondusif.

“Proses penyuraian murid ke sekolah-sekolah lain turut dilaksanakan bagi mengurangkan kepadatan.

“Ada juga sekolah yang terpaksa beroperasi dalam dua sesi akibat permintaan yang tinggi,” jelasnya.

Beliau berkata, bagi negeri Selangor sahaja terdapat 95 buah sekolah terlibat dalam penggunaan kelas kabin melibatkan sebanyak 301 bilik darjah bernilai RM69 juta.

“Kabin ini menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS), bukan yang selalu digunakan oleh kontraktor, sebaliknya kabin ini diubah menjadi sebuah bilik darjah kondusif,” katanya.

“Kami memastikan kemudahan yang disediakan adalah berkualiti dan kondusif untuk pembelajaran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya