KPM peruntuk RM63 juta kepada sekolah terjejas banjir

KPM peruntuk RM63 juta kepada sekolah terjejas banjir

RAISIN SAIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sejumlah RM63 juta kepada sekolah-sekolah terjejas banjir di Sabah.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin berkata, peruntukkan yang diberikan itu akan digunakan bagi kerja-kerja pembersihan serta mengganti peralatan sekolah seperti kerusi dan meja yang rosak akibat banjir.

Beliau berkata, peruntukan yang diberikan itu jelas membuktikan komitmen kementerian dalam memastikan sekolah-sekolah yang terjejas banjir dapat dibuka semula menjelang hari pertama persekolahan pada 17 Februari ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada KPM yang telah menurunkan sejumlah peruntukan kepada Sabah.

“Kita menerima peruntukan kira-kira RM63 juta untuk semua sekolah yang terlibat dan juga sekolah yang mungkin akan dilanda banjir lagi,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, semalam.

Menurut Raisin, Jabatan Pendidikan Negeri juga komited dalam memastikan sekolah-sekolah yang terjejas dapat beroperasi dengan sempurna pada 17 Februari ini.

Katanya, terdapat 57 buah sekolah yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini. Berdasarkan data yang diterima setakat semalam, terdapat 14 sekolah yang masih dilanda banjir di Beaufort.

Kata beliau, kerja-kerja pembersihan di sekolah-sekolah lain yang terjejas banjir sedang giat dilaksanakan.

“Kerajaan negeri juga banyak membantu dengan menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada sekolah-sekolah yang terlibat banjir,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya