KPM latih guru buat soalan peperiksaan

KPM latih guru buat soalan peperiksaan

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) melatih seramai 259,656 guru dalam aspek penyediaan soalan dan pelaksanaan ujian bagi meningkatkan profesionalisme dan kemahiran mereka di dalam aspek pedagogi serta pentaksiran pendidikan. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihaknya mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam mengendalikan ujian akhir sesi akademik bagi memastikan jaminan kualiti yang berterusan

“KPM komited memberikan latihan serta bimbingan berterusan kepada guru bagi melahirkan tenaga pendidik yang berkualiti, kompeten dan berdaya saing dari aspek profesionalisme, pedagogi serta pentaksiran pendidikan. 

“Dengan usaha yang berterusan ini, diharapkan sistem pentaksiran di negara kita akan terus berkembang dan mampu memberikan manfaat yang besar kepada generasi pelajar yang akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Dr. Radzi Jidin (PN-Putrajaya)  berhubung status penyediaan bank soalan berpusat oleh KPM untuk membantu guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) termasuk menyediakan soalan bagi Ujian Akhir Sesi Akademik.

Kah Woh berkata, KPM telah menyediakan format pentaksiran serta Modul Perealisasian Item bagi membantu guru dalam penyediaan soalan serta panduan penskoran dalam memastikan kelancaran pelaksanaan dan kualiti pentaksiran.

“Bagi memastikan soalan yang dibangunkan selari dengan kandungan kurikulum ditetapkan, KPM menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian Piawai sebagai rujukan utama guru,” katanya.

Katanya, ujian akhir sesi akademik bukan bertujuan membuat perbandingan prestasi antara murid, sekolah, daerah atau negeri, tetapi lebih kepada membantu murid membangun serta memperkembangkan potensi diri mereka, sebagai persediaan untuk fasa pembelajaran seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya