KPM lakukan penambahbaikan penguasaan Bahasa Inggeris

KPM lakukan penambahbaikan penguasaan Bahasa Inggeris

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mempertimbangkan beberapa penambahbaikan segera termasuk penstrukturan semula Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif berjalan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, peranan ELTC akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid.

Beliau berkata, Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) memberi penekanan khusus kepada keperluan untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik sebagai bahasa ilmu dan komunikasi antarabangsa.

“Bagi memacu pengukuhan Bahasa Inggeris, KPM sedang mempertimbangkan beberapa penambahbaikan segera termasuk penstrukturan semula pusat tanggungjawab yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif yang sedang berjalan.

“Ia selaras dengan agenda Reformasi Pendidikan KPM yang turut memberi tumpuan kepada aspek memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris sebagai salah satu hala tuju utama pendidikan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM mengambil perhatian saranan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan inisiatif pengukuhan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah.

“Fokus KPM bagi memperkasakan Bahasa Inggeris tertumpu kepada empat inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Highly Immersive Programme (HIP); Dual Language Programme (DLP); Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di sekolah dalam talian dan Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT).

“Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang optimum di dalam pelantar DELIMA juga kini menjadi peneraju utama dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya