KPM laksana pelbagai inisiatif keselamatan jalan raya murid sekolah

KPM laksana pelbagai inisiatif keselamatan jalan raya murid sekolah

AZMAN Adnan ketika gimik perasmian Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia Tahun 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk memastikan kesedaran murid sekolah mengenai aspek keselamatan jalan raya diberikan perhatian sewajarnya.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, kementerian juga akan memastikan insiden membabitkan seorang murid di sebuah sekolah di Putrajaya baru-baru ini tidak lagi berulang terutamanya di kawasan sekolah.

“Berkaitan dengan keselamatan lalu lintas di sekolah, KPM sudah sekian lama melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memberikan kesedaran berkaitan dengan kepentingan keselamatan jalan raya.

“Malah, dalam kurikulum kita juga sisip elemen-elemen berkaitan dengan kesedaran keselamatan dalam kalangan anak-anak kita mengenai pentingnya menggunakan kemudahan lalu lintas itu dengan sebaik-baiknya.

“Kita juga ada modul JKJR (Jabatan Keselamatan Jalan Raya) yang kita laksanakan bersama dengan Kementerian Pengangkutan sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2025 di sini hari ini.

Azman berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Presint 11(1) yang terlibat dalam kemalangan pada Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak terbabit dikatakan dirempuh sebuah kereta semasa hendak melintas jalan di hadapan sekolah dan orang ramai terpaksa menterbalikkan kenderaan tersebut bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bahagian bawah.

Dalam pada itu, Azman berkata, selain melaksanakan pelbagai inisiatif di peringkat kementerian dan kurikulum, KPM pada sama turut mengharapkan bantuan serta sokongan pelbagai pihak khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran murid mengenai aspek keselamatan jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya