Kosmetik tidak bernotifikasi RM1.2 juta dirampas

Kosmetik tidak bernotifikasi RM1.2 juta dirampas

KOSMETIK dan ubat-ubatan dipercayai tidak bernotifikasi yang dirampas di sebuah premis perniagaan. - JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN:  Sebanyak 14 jenis kosmetik tidak bernotifikasi dan sejenis racun berjadual dianggarkan bernilai sebanyak RM 1.2 juta dirampas dalam  Op Snow yang dijalankan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Pahang di Triang, Bera, dekat sini, semalam.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Wan Abdul Rahim Wan Muhammad berkata, semua barangan tersebut dijumpai dalam  satu serbuan ke atas sebuah permis perniagaan.

Katanya, hasil risikan mendapati suspek bergiat aktif menjual kosmetik yang tidak bernotifikasi secara dalam talian.

“Selain itu, ketika serbuan di permis berkenaan, terdapat racun berjadual dijumpai. Berdasarkan siasatan awal ke atas seorang suspek yang ditahan, racun yang ditemukan bertujuan dicampur ke dalam kosmetik sebelum dijual kepada orang awam,” katanya di sini, hari ini.

 Dr. Wan Abdul Rahim berkata, penjualan kosmetik tidak bernotifikasi adalah melanggar Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. 

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan yang sama boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya