Sepakat jadikan DAP pilihan popular rakyat Malaysia

Kor Ming, Anthony sepakat jadikan DAP pilihan popular rakyat Malaysia

NGA Kor Ming (kanan) mengadakan pertemuan bersama Anthony Loke Siew Fook bersempena Tahun Baharu Cina.-FACEBOOK NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP sepakat untuk memperkukuh kedudukan parti dan terus menyokong Kerajaan Perpaduan dalam merealisasikan aspirasi Malaysia Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming berkata, pertemuannya bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bukan sekadar meraikan perayaan, namun mengimbas kembali persahabatan mereka yang terjalin sejak lebih dua dekad lalu.

“Ketika zaman muda, saya pernah diberi amanah sebagai Ketua Pemuda DAPSY, manakala Anthony pernah menjadi Setiausaha Kebangsaan DAPSY. 

“Selepas lebih 25 tahun dalam perjuangan, kini beliau merupakan Setiausaha Agung parti, manakala saya menyandang jawatan Ketua Parlimen DAP bagi membantu beliau membina parti kita (DAP) yang berpaksikan prinsip demokratik, adil, bersih dan peduli,” katanya menerusi hantaran media sosial, semalam.

Kor Ming berkata, meskipun jawatan berubah mengikut masa, semangat setiakawan dan keutuhan persahabatan mereka tetap utuh.  

“Kami sepakat untuk terus membina DAP sebagai parti berbilang kaum yang kukuh, stabil, cekap dan bersih serta menjana sinar harapan baru buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya.  

Dalam pertemuan itu, mereka turut merancang untuk menjadikan DAP sebagai pilihan utama masyarakat pelbagai kaum di negara ini, selain memperkukuh usaha membantu kerajaan mencapai perpaduan, kestabilan dan kemakmuran negara.  

“Era keemasan kebangkitan Malaysia kini sudah tiba dan misi negara memerlukan usaha serta keringat setiap daripada kita,” katanya.  

Beliau turut berharap agar semua pihak dapat terus mempertahankan perpaduan dan keharmonian demi kesejahteraan rakyat.

Selain Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke merupakan Menteri Pengangkutan manakala Kor Ming pula merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya