Kontraktor dipenjara 5 tahun miliki bahan berunsur pengganas Daesh

Kontraktor dipenjara 5 tahun miliki bahan berunsur pengganas Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada seorang kontraktor binaan kerana memiliki bahan berunsur kumpulan pengganas, Daesh, tahun lalu.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas tertuduh, Mohamad Awang, 49, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memiliki bahan tersebut yang disimpan di dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya pada pukul 7.05 pagi, 24 Jun 2024 di rumahnya di Taman Daya, Johor Bahru.

Tertuduh didakwa di bawah perenggan 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan rampasan terhadap item tersebut.

Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Lina Hanini Ismail dan Nur Ainaa Ridzwan mencadangkan hukuman maksimum diberikan kepada Mohamad setelah mengambil kira ia merupakan kesalahan kedua dilakukan tertuduh selepas dibebaskan pada Jun 2022 bagi pertuduhan sama.

Peguam bela, Shah Wira Abdul Halim yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah mengenakan hukuman denda terhadap anak guamnya atas alasan lelaki itu mempunyai tanggungan isteri dan anak serta seorang ibu berumur 73 tahun.

“Perkara ini telah memberikan pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh semasa berada di dalam tahanan. Jadi beliau telah menyesal di atas perbuatannya,” kata peguam itu.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara lima tahun berkuat kuasa bermula tarikh tangkapan 23 Jun 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya