Kongres Nasional PKR berlangsung 25 Mei ini

Kongres Nasional PKR berlangsung 25 Mei ini

JIMMY Puah Wee Tse melakukan gimik perasmian Rumah Terbuka Parlimen Tebrau 2025 Bersama PKR Johor di Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangguhkan pada akhir tahun lalu, dijadualkan berlangsung di negeri ini pada 25 Mei depan.

Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kongres selama sehari itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR.

Katanya, lokasi kongres tidak berubah mengikut jadual ditetapkan sebelum ini iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

“Kongres Nasional PKR kali ini akan menjadi tumpuan kerana ia berlangsung selepas sehari pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat diadakan.

“Selepas pemilihan berlangsung pasti akan ada muka-muka baharu. Kepemimpinan baharu yang akan bantu Presiden ini akan ditampilkan ketika Kongres Nasional PKR di Johor Bahru,” katanya.

Wee Tse berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Tebrau 2025 Bersama PKR Johor di sini hari ini.

Sebelum ini, kongres Nasional PKR 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Disember tahun lalu manakala Kongres AMK dan Wanita ditetapkan sehari sebelum itu.

Bagaimanapun, pada 30 November tahun lalu, PKR memutuskan untuk menangguhkan Kongres Nasional 2024 selepas keputusan dicapai ekoran banjir di beberapa negeri, ketika itu.

MPP PKR ketika itu turut memutuskan satu Kongres Khas bagi meminda Perlembagaan parti diadakan di Shah Alam pada 15 Disember 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya