Kon Yeow sah bertanding pemilihan CEC DAP

Kon Yeow sah bertanding pemilihan CEC DAP

CHOW Kon Yeow (dua dari kiri) semasa Majlis Pembukaan Rasmi Loji Penyahairan Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahkan bahawa beliau akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, bulan depan.

Menurut Kon Yeow, ketika ini, tempoh untuk mengemukakan pencalonan telah ditutup dan namanya telah berada dalam senarai calon yang akan bertanding pada sesi pemilihan parti itu.

“Saya mengesahkan bahawa akan bertanding untuk pemilihan CEC ini yang mana saya telah menjadi ahli sejak 2001 lagi. Jadi, saya masih bertanding dan dicalonkan serta tidak akan ditarik balik macam pemilihan negeri,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Pembukaan Rasmi Loji Penyahairan Sungai Dua, di sini hari ini.

Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP sebelum ini memilih untuk tidak bertanding pada pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, September tahun lepas.

Keputusan tersebut dibuat bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasnya selaku Ketua Menteri selain membuka peluang untuk peralihan kepimpinan DAP di peringkat negeri.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk memegang jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP yang ketika ini disandang oleh Lim Guan Eng, Kon Yeow bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Tunggulah pada 16 Mac ini. Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan sekarang,” kata beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya