KKM arah Shopee, TikTok henti iklan gula-gula gummy

KKM arah Shopee, TikTok henti iklan gula-gula gummy

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan platform jualan dalam talian  menghentikan penjualan gula-gula kenyal yang dikhuatiri menyebabkan kematian seorang budak lelaki baru-baru ini. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memastikan pengiklanan gula-gula jenis gummy tersebut dihentikan.

“Kita mengarahkan platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok untuk menurunkan iklan yang mempromosikan gula-gula tersebut. 

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) seluruh negara turut diarahkan melaksanakan penguatkuasaan di premis fizikal dan merampas produk yang masih dijual,” katanya selepas merasmikan Majlis Peluncuran 1,000 Hari Pertama Kehidupan: Kajian Longitudinal di Langkawi (LLS) dan Sistem Pengurusan Data Klinik Berasaskan Awan (CCMS) di sini hari ini.

KKM baru-baru ini mengeluarkan kenyataan gula-gula gummy dijual tidak memenuhi keperluan pelabelan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983. 

Kenyataan itu memaklumkan KKM tidak mengawal bentuk atau saiz sesuatu makanan di bawah peraturan tersebut kecuali bagi ‘konfeksi jeli terkawal’ dengan saiz dan bentuk yang berdiameter kurang atau sama dengan 45 milimeter.

Produk ini perlu dilabelkan dengan amaran “BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK” dan peringatan “TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN”. 

Langkah ini bertujuan untuk melindungi keselamatan kanak-kanak daripada risiko bahaya yang boleh berlaku akibat produk tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya