Kit Duta Sahsiah mampu perkasa agenda antirasuah sektor pendidikan

Kit Duta Sahsiah mampu perkasa agenda antirasuah sektor pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kit Duta Sahsiah yang dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah salah satu usaha kementerian itu dalam memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi sektor pendidikan.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, agenda itu dituntut menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.

Katanya, Sebagai Kementerian Peneraju bagi Strategi 1: Pendidikan, KPM bertanggungjawab meningkatkan kesedaran dan pengetahuan antirasuah menerusi pelaksanaan enam substrategi yang terbahagi kepada tempoh jangka masa pendek dan sederhana.

“Di bawah Substrategi 5, NACS 2024-2028, KPM berjaya meluncurkan Kit Duta Sahsiah pada 25 November tahun lalu sebagai pemangkin pembentukan karakter ‘karamah insaniah’ dalam kalangan murid yang berasaskan kepada nilai-nilai murni dan keperibadian unggul.

“Kit Duta Sahsiah juga adalah selaras dengan fokus utama Kementerian pada tahun 2025 untuk memperkasa penyampaian perkhidmatan pendidikan.

“Ini termasuk memperluas konsep Generasi Madani KPM kepada semua penjawat awam dan institusi pendidikan,” katanya hari ini.

Menurut KPM, pelbagai modul latihan dan bahan rujukan meliputi aspek komunikasi, kepimpinan dan penyelesaian masalah yang menjadi antara elemen penting pembentukan karakter ‘karamah insaniah’ terkandung dalam Kit Duta Sahsiah itu.

Katanya, duta sahsiah yang dipilih adalah suri teladan untuk mempromosi serta mengamalkan nilai-nilai murni dan perilaku positif seperti berdisiplin, berintegriti dan bertanggungjawab.

“KPM komited memastikan pemerkasaan etika, integriti dan antirasuah menerusi pendidikan seperti yang terkandung dalam NACS 2024-2028.

“Ini penting bagi memerangi rasuah yang merupakan salah satu daripada daripada agenda utama reformasi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya