Kilang proses padi belum dapat dibina kerana hasil tuaian tidak cukup

Kilang proses padi belum dapat dibina kerana hasil tuaian tidak cukup

HASIL tuaian padi yang masih belum mencukupi di Negeri Sembilan menjadi faktor sebuah kilang memproses padi masih belum dapat dibina di negeri ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Rancangan kerajaan Negeri Sembilan untuk membina sebuah kilang memproses padi dan pengeluaran beras di negeri ini masih belum dapat direalisasikan kerana bekalan atau hasil padi yang dituai di negeri ini masih belum mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sebuah kilang beras sudah tentu memerlukan bekalan yang mencukupi untuk kilang tersebut bertahan daripada segi keperluan dan pengoperasian.

“Oleh kerana buat masa ini hasil padi yang dituai kita tidak cukup banyak maka kilang ini tidak boleh dibina pada masa terdekat.

“Cumanya kita buat pusat pengumpulan padi di Kuala Pilah di mana ia mengumpul dan menghantar ke kilang di Selangor untuk diproses sebelum dibawa balik semula untuk pasaran di negeri ini. Itu sebab kita memperkenalkan jenama beras sendiri iaitu Beras Perpatih untuk memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.

“Pelabur mahu membina kilang pun perlu memikirkan soal untung rugi, serta soal bolehkah mencapai kecukupan bekalan daripada pembekal-pembekal kita. Saya tidak mahu mengambil pembekal dari negeri sekitar, mahu negeri kita punya, bekalan mesti cukup menampung keperluan ini, ” katanya ketika ditemui di sini.

Ujar beliau, apabila hasil tuaian pada di negeri ini sampai kepada kapasiti yang diperlukan maka kilang tersebut akan dibina.

“Kapasiti sehingga 5, 000 tan metrik semusim diperlukan untuk tujuan itu dan sekarang ini hanya ada sekitar 2, 500 tan metrik dan tidak cukup untuk pembinaan kilang pemprosesan padi sendiri,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Exco Kanan Negeri Sembilan memberitahu, pengeluaran hasil tanaman padi ketika ini di Negeri Sembilan adalah sekitar 3.5 tan metrik per hektar dan jumlah itu perlu dinaikkan sehingga 6.5 per tan metrik per hektar dalam usaha menampung isu kekurangan beras yang dihadapi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya